Tutor Ryna suka buku ini kerana ianya fokus kepada soalan-soalan KBAT.
Ianya dapat membantu pelajar-pelajar Tingkatan 1-3 untuk praktis soalan-soalan yang memerlukan mereka untuk berfikir secara lebih kritis.
Soalan-soalan di dalam buku ini nampak mudah tetapi memerlukan bukan sahaja pengetahuan mengenai sesuatu topik tetapi membolehkan pelajar-pelajar untuk berfikir di luar kotak ketika menjawab soalan-soalan KBAT yang ada.
Mungkin pelajar, ibu bapa dan juga tutor boleh cuba untuk mendapatkan buku ini di kedai buku berhampiran. Tutor Ryna beli di MPH, Setia City Mall.
Cuba bagi anak-anak atau pelajar-pelajar praktis soalan-soalan KBAT yang ada di dalam buku ini.
Bab 5: Jirim
Chapter 5: Matter
Tingkatan 1/Form 1
Ini adalah salah satu soalan dari buku Tip & Praktis KBAT PT3 Tingkatan 1 Sains
Soalan: Apakah yang dapat diperhatikan? Terangkan Mengapa.
Jawapan:
-Kertas tisu akan kekal kering.
-Udara memenuhi ruang di dalam gelas.
Question: What can be observed? Explain why.
Answers:
-The tissue paper remain dry.
-Air occupies the space inside the glass.
Tutor Ryna cuba untuk menerangkan kepada pelajar Tingkatan 3 (DLP) ketika sesi tutoring.
Jarang juga Tutor Ryna menjalankan eksperimen ketika sesi tutoring, ada-ada masa tertentu sahaja Tutor Ryna akan menjalankan eksperimen dan kebetulan eksperimen ini agak mudah dan tidak memerlukan sebarang bahan kimia dan peralatan yang rumit.
Comments
Post a Comment